Terma & Syarat
Laman aplikasi ePQul dan ePerolehan QHSB PJK6 ini dimiliki oleh QUL HOLDINGS (M) SDN BHD. Penggunaan aplikasi ePQul dan ePerolehan QHSB PJK6 adalah tertakluk kepada terma dan syarat pada halaman ini dan semua undang-undang yang berkenaan. Dengan mengakses laman aplikasi ePQul dan ePerolehan QHSB PJK6, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami sepenuhnya terma dan syarat. Sekiranya anda membenarkan orang lain menggunakan akaun anda, mereka juga terikat dengan terma dan syarat ini. Jika anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat yang telah dikemukakan, sila jangan teruskan dengan proses pendaftaran ini.
Hakcipta
Dokumen dan maklumat di laman aplikasi ePQul dan ePerolehan QHSB PJK6 adalah hak cipta mutlak oleh QUL HOLDINGS (M) SDN BHD. Maklumat hak cipta yang terkandung dalam domain ini tidak boleh diterbitkan, diedarkan atau disalin secara terbuka dalam apa jua cara, termasuk Internet, e-mel, media sosial, atau dicetak semula. Tiada tuntutan hak cipta dibuat pada mana-mana perisian pihak ketiga, laman web, imej atau teks yang boleh dirujuk dalam bahan kami.
Kebenaran
Jika anda bersetuju dengan terma dan syarat ini, anda bersetuju untuk membenarkan QUL HOLDINGS (M) SDN BHD untuk melakukan apa-apa berdasarkan garis panduan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010. Anda membenarkan penggunaan kad kredit/debit untuk transaksi berulang, pengesahan bio-metrik, akses melalui internet dan pembelian dalam aplikasi.
Perlindungan Data
Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau dijual kepada pihak lain, mengikut garis perintah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010.
Keselamatan
Pihak QUL HOLDINGS (M) SDN BHD sangat mementingkan keselamatan dan keselesaan pengguna aplikasi E.P -
Qul
dan ePerolehan QHSB PJK6. Kami berusaha untuk meningkatkan tahap keselamatan sistem kami kepada tahap
yang optimum dari masa ke masa demi keselesaan dan kepuasan hati pengguna kami.
Pengguna perlu faham bahawa sebarang maklumat dan data peribadi yang didedahkan adalah di bawah risiko
mereka sendiri. Pihak QUL HOLDINGS (M) SDN BHD tidak dapat bertanggungjawab atas sebarang penggunaan
maklumat dan data pengguna tanpa pengetahuan pengguna dan kehilangan maklumat dan data pengguna. Adalah
mustahil pihak QUL HOLDINGS (M) SDN BHD dapat memastikan 100% data pengguna tidak akan diserang serangan
yang berniat jahat seperti penggodam dan lain-lain.
Penstoran dan Penyelenggaraan
Data pengguna akan disimpan dan diselenggara oleh pihak QUL HOLDINGS (M) SDN BHD mengikut Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA 2010). Pengguna boleh lihat pautan di bawah bagi memeriksa dan
mengetahui lebih lanjut berkenaan PDPA 2010:
Personal Data Protection 2010